PELANCARAN JENTERA PILIHAN RAYA AMANAH NEGERI PERAK

Sebahagian wakil jentera pilihan raya Amanah Tg Malim bersama-sama mengangkat plakad “Selamatkan Malaysia” .

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Ikhlas Daripada : AMANAH Tanjung Malim .

SUMBANGAN BUAH LIMAU

AMANAH Tanjung Malim dalam program sumbangan buah limau kepada penduduk di Slim Village

PROGRAM MAHASISWA MASUK KAMPUNG

Mahasiswa Amanah bersama anak muda Kampung Rasau dalam perlawanan persahabatan Futsal.

MISI PARTI AMANAH NEGARA

Misi AMANAH meletakkan Amanah, Progresif dan Peduli sebagai asas mensejahterakan rakyat berlandaskan Maqasid Syariah

PIMPINAN AMANAH PUSAT

Saf Kepimpinan Parti Amanah Negara (AMANAH) Pusat

ISLAM RAHMAT SELURUH ALAM

Dasar “Islam Rahmat Seluruh Alam” menjadi pegangan setiap ahli AMANAH

VISI PARTI AMANAH NEGARA

Visi AMANAH jelas memperjuangkan Malaysia yang Adil, Beramanah dan Rahmah untuk semua

KICAU DEENI BERSAMA UST. AHMAD AWANG DAN UST ABD GHANI

Ust Ahmad Awang bersama Ust Abd Ghani memberikan pencerahan berkaitan kasih saying, ukhwah dan silaturrahim di hadapan ahli AMANAH Tg Malim yang dipengerusikan oleh Sdr. Khairul Najib. Foto – Mohd Shafie

Thursday, 16 February 2017

TN50 TIDAK TERCAPAI JIKA TIADA TANSFORMASI PENTADBIRAN

Faiz Fadzil
Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai hala tuju negara 30 tahun mendatang hanyalah gimik politik menjelang pilihan raya umum ke-14, kata timbalan ketua Pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil .

Beliau berkata, setelah hampir 60 tahun negara merdeka, seharusnya Malaysia berdiri sama tinggi dengan Singapura, namun halatuju-halatuju negara yang digagaskan sebelum ini seperti DEB dan Wawasan 2020 didakwa gagal kerana dasar dan polisi yang dirangka dicemari dengan korupsi dan penyelewengan.

Katanya, TN50 juga akan menemui kegagalan jika intipati utama sesuatu kejayaan iaitu integriti tidak dijadikan asas reformasi dan transformasi sepertimana ungkapan R. Buckminster Fuller.

"TN50 tidak akan tercapai jika sistem dan pentadbiran negara hari ini tidak mengalami proses transformasi dan pemulihan secara total dan jujur.

"'Institutional Reform' yang melibatkan insititusi undang-undang, Parlimen dan GLC adalah langkah awal ke arah transformasi negara," ujarnya.

Justeru beliau berpandangan gagasan Selamatkan Malaysia (SM17) melalui pembentukan kerajaan baru adalah gagasan yang paling relevan dan paling utama untuk diperjuangkan oleh rakyat terutama generasi muda dengan menjadikan prinsip integriti sebagai teras transformasi.

"Pru ke-14 adalah medan paling berkesan untuk Selamatkan Malaysia agar transformasi yang menitikberatkan 3 'pillars' utama iaitu mementingkan kebajikan rakyat, memperkasakan keadilan dan kebebasan serta memupuk nilai murni dan kebaikan dapat dilaksanakan.

"Pembinaan negara Malaysia tercinta ini yang maju dan makmur hendaklah diperjuang dan digalas bersama dan dikongsi serta dinikmati bersama oleh setiap rakyat melangkaui sempadan bangsa dan agama, ideologi politik, jantina dan latar belakang pendidikan." ujarnya.

Faiz berkata pentadbiran negara bukan sahaja dijerut dengan pelbagai skandal korupsi dan penyelewengan seperti 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji, tetapi kedaulatan negara juga berada dalam keadaan tidak menentu dan 'jeorpardy' apabila hutang negara sudah mencecah RM800 bilion.

"Negara kini terpaksa pula berhutang dengan negara China yang sudah terbukti cuba melebarkan kekuasaannya melalui konsep 'one belt one road'. Sepertimana ungkapan Presiden kedua Amerika Syarikat John Adams bahawa penjajahan boleh berlaku melalui dua cara, iaitu pedang dan hutang," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, jurang ekonomi rakyat yang semakin melebar dengan beban hutang isi rumah yang tinggi serta kehidupan rakyat yang semakin susah akibat bebanan cukai GST serta kenaikan kos sara hidup ujarnya lagi boleh membawa negara ke arah negara gagal (failed state).

"Keadaan negara hari ini memerlukan 'antidote' dan bukannya 'pain killer'.

"Generasi muda paling terkesan dan bagaimana generasi muda akan menikmati transformasi yang diwarwarkan jika mereka mewarisi hutang, korupsi dan kehancuran sebuah negara yang merdeka," ujarnya.

Sebagai rekod TN50, adalah satu inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050. Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun, yang akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 hingga 2019.
Matlamat dan sasaran yang digariskan dalam dokumen dasar TN50 bakal diterbitkan pada awal tahun 2020.

- malaysiadateline


Thursday, 2 February 2017

PPBM-PAS : AMANAH TAK PERLU TUNGGU, SIAPKAN JENTERA SEGERA

Aminuddin Zulkipli
Tanjung Malim – Parti Amanah Negara (AMANAH) di peringkat akar umbi dinasihatkan supaya terus bekerja dengan mempersiapkan jentera pilihan raya meskipun perbincangan PPBM dan PAS sedang berjalan.

Maklum balas itu disampaikan kepada seluruh ahli Amanah Tanjung Malim oleh Pengerusi Amanah Tanjung Malim, Tuan Hj Aminuddin Zulkipli dalam program pembugaran Pelan Strategik Amanah Tanjung Malim di sini semalam.

Dalam kenyataannya, beliau mengingatkan Jawatankuasa AMANAH Tanjung Malim supaya perancangan dan program yang menjurus kepada memperkemas jentera di setiap cawangan dan pusat mengundi seharusnya terus dirancakkan bagi berdepan dengan apa sahaja kemungkinan yang berlaku.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Biro Undang-Undang Amanah Negeri Perak percaya rundingan PPBM dan PAS semestinya memakan masa yang panjang dan penantian kepada keputusan akhir akan menyebabkan Pakatan Harapan akan kesuntukan masa dalam persiapan untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

“Setiap perancangan dan program yang telah disusun terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya harus diteruskan malah perlu dirancakkan meskipun perkembangan terbaru berkaitan perbincangan antara PPBM dan PAS sedang berjalan.

“Adalah menjadi satu kesilapan bagi kita sebagai penggerak di akar umbi menanti sesuatu yang tidak pasti lalu kita berhenti atau memperlahankan tindakan sedangkan kita tahu pilihan raya sudah semakin hampir”, ulasnya.

Mengulas tentang kemungkinan PPBM dapat memujuk PAS untuk bersama dalam pakatan besar pembangkang, beliau berkata tidak ada satu signal yang betul-betul jelas perkara ini dapat direalisasikan melainkan masa yang sudah ditetapkan untuk memuktamadkan keputusan sekali lagi diheret.

Dalam pada itu beliau menasihatkan agar semua pemimpin di akar umbi agar mengambil tindakan yang proaktif supaya strategi dan gerak kerja dapat diteruskan.

Semalam media melaporkan satu persefahaman bersama telah dicapai antara PPBM dan Pas bagi memperhalusi rangka kerjasama antara parti terbabit dengan membentuk Jawatankuasa Teknikal Bersama PAS-PPBM untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan-keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti.