Sunday, 1 May 2016

SELAMAT HARI PEKERJA


SELAMAT HARI PEKERJA

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera.

Parti Amanah Negara (Amanah) Tanjong Malim mengucapkan Selamat Hari Pekrja kepada semua para pekerja yang berada di Malaysia khususnya di parlimen Tanjong Malim ini.

Dalam keadaan ekonomi dan kenaikan harga barang yang membebankan para pekerja, Amanah Tanjong Malim menegaskan bahawa kami sentiasa berusaha untuk bersama-sama aspirasi rakyat menuntut perubahan agar Malaysia lebih baik dapat dijelmakan demi menjaga hak-hak pekerja yang semestinya menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan untuk membelanya.

Maka dengan itu, kami berharap sempena sambutan hari pekerja pada hari ini, kita semua menanam tekad dan semangat untuk berusaha ke arah perubahan tersebut di samping menuntut Malaysia yang lebih baik.

Semoga apa yang kita impikan akan terus didokong oleh seluruh pekerja di Malaysia.

Selamat Hari Pekerja.


AMANAH TANJONG MALIM

0 comments:

Post a Comment