Tanjong Malim, 14 April - Berita pemergian Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan
Kesusasteraan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang juga merupakan
penulis terkenal, Prof. Madya Dr. Talib
Samat pagi tadi merupakan satu kehilangan besar negara dalam bidang penulisan
dan kesusasteraan.
Parti Amanah Negara (AMANAH) Tanjong Malim menerusi satu
kenyataan yang dikeluarkan Pengerusinya, Tuan Hj. Aminuddin Zulkipli, merakamkan
ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham yang banyak menyumbang karyanya
terutamanya dalam penulisan Sastera Melayu.
Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira
jam 12.58 pagi tadi dimaklumkan oleh anaknya melalui facebook dan tersebar luas
dalam kumpulan-kumpulan perbincangan Whatsapp.
0 comments:
Post a Comment