Foto - Malaysiakini |
Saman fitnah yang difailkan oleh Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak ke atas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan pemilik Media
Rakyat Chan Chee Kong akan dibicarakan.
Ini susulan tindakan Hakim
Mahkamah Tinggi Datuk Noraini Abdul Rahman yang menolak permohonan Najib untuk
membatalkan pernyataan pembelaan kedua-dua defendan bahawa ulasan mereka
sebagai berasas dan adil (fair comment).
Peguam Chan, Razlan Hadri
Zulkifli berkata hakim memerintahkan kes berkenaan dibicarakan untuk
perbicaraan selepas memutuskan bahawa adalah tidak wajar bagi beliau
membenarkan permohonan itu.
Walau bagaimanapun, Razlan
berkata, belum ada tarikh yang ditetapkan untuk perbicaraan dan pihak-pihak
yang perlu hadir di hadapan Timbalan Pendaftar mengenai perkara ini.
Peguam Datuk Mohd Hafarizam
Harun yang mewakili Najib ketika ditemui, juga mengesahkan bahawa permohonan
mereka untuk membatalkan pembelaan ulasan ‘komen adil’ itu telah ditolak.
"Saya akan memberi
taklimat kepada Najib dan menunggu arahan selanjutnya sama ada untuk memfailkan
rayuan terhadap keputusan hari ini," kata Hafarizam.
Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan
saman ke atas Rafizi dan Chan kerana komen Setiausaha Agung PKR itu dalam satu
ceramah yang mendakwa pengurangan subsidi minyak adalah untuk membiayai
pembelian cincin Rosmah.
Kenyataan itu diterbitkan oleh
Media Rakyat.
-Malaysiakini
0 comments:
Post a Comment