Mohamad Sabu - Presiden AMANAH |
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu
berkata, ini kerana Arab Saudi kini sedang mengetuai blok besar di Timur Tengah
dan dilihat sedang bertelagah dengan kumpulan dari blok lain.
"Oleh itu pengakuan
memberi derma kepada Najib itu telah menyebabkan Malaysia seolah-olah telah
dibeli untuk menyertai blok yang diketuai oleh Arab Saudi itu," katanya
pada kenyataan media.
Mat Sabu berkata, Malaysia
adalah sebuah negara yang dikenali khususnya dalam rangkaian negara Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) atas sifatnya
yang berkecuali.
Antaranya dalam beberapa isu
termasuk peperangan Bosnia, isu Afghanistan dan sokongan terhadap Palestin.
"Kesannya, imej hebat
Malaysia selama ini akhirnya telah terjejas dengan derma ini. Malaysia tidak lagi
dilihat berkecuali dan boleh memainkan peranan," kata Mat Sabu.
Justeru katanya, untuk keluar
daripada kemelut itu beliau memohon Najib supaya meletakkan jawatan 'secara
terhormat'.
"Tindakan ini penting
bagi menamatkan segala bentuk spekulasi dan tohmahan kepada Malaysia sekaligus
memulihkan imej negara yang kini buruk di Timur Tengah termasuk di Eropah.
"Malaysia hendaklah kembali memainkan peranan
seperti dahulu menjadi orang tengah, pendamai, dan bukannya pengadu domba.
Itulah peranan yang dimainkan oleh semua Perdana Menteri sebelum Najib Tun
Razak.
Jumaat lalu Menteri Luar Arab
Saudi, Adel Al-Jubeir mengaku bahawa sumbangan derma kepada perdana menteri
datang dari negara itu.
Al-Jubeir dilaporkan
memberitahu wartawan Malaysia di Istanbul bahawa kerajaan Saudi sedar derma itu
adalah tulen tanpa mengharapkan balasan
- Malaysiakini
0 comments:
Post a Comment