Meskipun diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Butterworth
bahawa Mohamad Sabu tidak bersalah dalam kes "Bukit Kepong" pada Julai tahun
lalu, pihak pendakwa raya walau bagaimanapun tidak berpuas hati dan telah
merayu bagi mencabar keputusan tersebut.
Peguam beliau, Aminuddin Zulkipli yang juga merupakan
Pengerusi Amanah Tanjung Malim mengesahkan perkara tersebut dan berkata, kes
dirayu oleh pihak pendakwa raya dan dibawa ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
“Pendakwa raya telah merayu, tidak berpuas hati dengan
keputusan mahkamah sebelum ini, dan pengurusan kes akan dijalankan pada Khamis,
21 April ini” katanya ringkas ketika dihubungi.
Sebelum ini Mahkamah Sesyen Butterworth memutuskan
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak bersalah atas dakwaan
membuat kenyataan fitnah berkaitan serangan komunis di balai polis Bukit Kepong
pada 1950.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu
selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes.
Mat Sabu didakwa mengeluarkan ucapan tersebut dalam satu
ceramah di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS
Padang Menora, Tasek Gelugor dekat Butterworth pada 21 Ogos 2011.
0 comments:
Post a Comment