Selepas 4 hari kempen berjalan, sekurang-kurangnya lima
dari 13 calon Parti Amanah Negara (Amanah) menunjukkan peningkatan dalam
pencapaian mereka apabila kerusi mereka dikategorikan sebagai kelabu oleh Bilik
Gerakan BN dan juga media di Sarawak.
Menurut sumber, kerusi Sebuyau, Balingian, Kabong, Damak
laut dan Beting Maro kini dimasukkan dalam kategori kelabu oleh Barisan
Nasional (BN) yang membawa makna boleh dimenangi oleh lawan mereka.
Sebuyau ditandingi tiga penjuru oleh tiga calon iaitu
Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (PBB), Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (Pas) dan
Andrew Anak Jain (Amanah).
Demak Laut pula ditandingi satu lawan satu antara Dr Haji
Hazland Bin Abang Haji Hipni (PBB) dan pengerusi Amanah Sarawak, Mohammad
Fidzuan Zaidi.
Di Kabong pula, calon BN Mohamad Chee Kadir (PBB) akan
berdepan dengan Novert Sullang (DNP) dan Jini Bin Sahini (Amanah).
Di Balingian pula pertembungan satu lawan satu antara
Abdul Yakub Arbi (PBB) dan Nurzaiti Binti Hamdan (Amanah).
Di Beting Maro, calon BN, Razaili Haji Gapor (PBB) akan
berdepan dengan Hamidah Binti Mokhtar (Pas) dan Andri Zulkarnean Hamden
(Amanah).
Selain itu, dua lagi calon Amanah dijangka memberikan
tentangan sengit kepada lawan masing-masing iaitu N26 Gedong yang diwakili oleh
Rapelson Richard Hamit dan N.16 Muara Tuang yang diwakili oleh Abang Abdul
Halil Abang Naili.
Rapelson, seorang OKU kini mendapat simpati pengundi
selepas beliau diserang kerana kekurangan beliau padahal calon Amanah ini
mempunyai banyak kelebihan termasuk menjadi orang kepercayaan anak Sarawak
untuk memperjuangkan isu tanah di negeri ini.
Beliau akan berhadapan dengan calon BN, bekas menteri
muda kerajaan negeri, Datuk Haji Mohd Noroden Haji Majais (PBB) yang sebelum
ini bertanding di Simunjan.
Sementara itu, Abang Abdul Halil, seorang jurutera yang
mewakili Amanah di Muara Tuang pula dikatakan bergerak sejak sekian lama di
sini untuk bertanding kali ini.
Sebagai Setiausaha Amanah Sarawak, Abang Naili, bekas
aktivis Ikram banyak dibantu oleh jentara dari NGO Islam itu.
- malaysiadateline
0 comments:
Post a Comment