Ipoh, 15 April – Sikap tidak mengalah pasukan bola sepak Perak yang menentang PKNS dalam
aksi separuh akhir pusingan pertama Piala FA di Stadium Hang Jebat malam tadi berjaya mengikat PKNS dengan
jaringan 2-2.
Pasukan PKNS
membuka jaringan awal selepas mendapat sepakan penalti melalui penyerang importnya Gabriel Miguel
Guerra pada minit ke-48.
Sepakan
penalti tersebut diberikan pengadil selepas Cobelli dikasari pemain pertahanan
Perak, Shahrul Mohd Saad dalam kotak penalti.
Perak yang
tersentak dengan jaringan tersebut membuat serangan balas dan berjaya
menyamakan kedudukan pada minit ke-58
hasil tandukan Muhammad Nurridzuan Hassan melalui sepakan sudut yang diambil
oleh Firdaus Sayyadi.
Kedudukan ini
kekal sehingga minit ke-71 selepas Guerra sekali lagi menggegarkan gawang gol
Perak apabila berjaya menggelecek 3 pemain Perak dan berjaya menaringkan gol
kedua PKNS.
Ketika
permainan seolah-olah tamat dengan kemenangan kepada PKNS, Perak tidak mengalah
dan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-92 hasil tandukan cantik Thiago Junio De Aquino hasil
hantaran lintang Mohamad Hafiz Ramdan.
Dengan jaringan 2 gol di tempat lawan, Perak dijangka berada
dalam kedudukan selesa untuk bertemu PKNS pada pusingan kedua Piala FA di Stadium
Perak, 30 April depan.
0 comments:
Post a Comment