Tuesday, 12 April 2016

PERKAUMAN SENJATA BN TAKUTKAN MELAYU – MAT SABU

Slim River, 9 April – Ceramah Umum bersama Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad bin Sabu yang berlangsung di sini pada malam Sabtu lalu benar-benar membuka mata pendengar yang hadir bagi mendengar penjelasan Mat Sabu berkaitan isu-isu semasa mutakhir ini.

Mat Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Abang Mat di kalangan ahli AMANAH membuka bicara dengan menyentuh isu rasuah melibatkan kepimpinan negara yang menjadi perhatian seluruh dunia.
Khairol Najib mempengerusikan program ceramah bersama Mat Sabu
di perkarangan Pejabat Amanah Parlimen Tg Malim. Foto - Hafiz 

“Isu 1MDB dengan jelas dan diketahui semua orang, ia adalah isu rasuah dan laporan PAC juga mengakui tuduhan-tuduhan yang dibuat selama ini tetapi tindakan lanjutan kepada kes tersebut seolah-olah penyelewengan dan salah urus tadbir yang dibuat bukan perkara besar walaupun jumlahnya berbilion ringgit.

“Mereka alih cerita pembelian rumah Lim Guan Eng, 20 minit dalam warta berita tapi 2.6 bilion langsung tak keluar. Kalau 2.8 juta, TV3 cerita 20 minit, kalau 2.6 bilion sepatutnya berapa minit?” tanya beliau kepada hadirin membidas sikap pihak media tempatan yang sering melindungi isu rasuah dan jenayah melibatkan kepimpinan negara.

Dalam pada itu beliau turut menekankan bagaimana sikap orang Melayu Islam yang tidak sensitif terhadap isu-isu rasuh yang jelas tidak selari dengan akhlak Islam.

“Orang Islam memiliki aqidah Islam namun akhlak Islam diamalkan oleh orang bukan Islam, itu hakikat apa yang berlaku pada hari ini” katanya.

“Kalau kita lihat orang-orang cina sudah menolak kepimpinan BN kerana mereka tahu pemimpin-pemimpin mereka dahulu amal rasuah, orang-orang India juga begitu dengan isu Makkal Holding sehinggakan MIC kini hidup segan mati tak mahu, tapi orang-orang Melayu masih takut untuk berubah kerana dimomokkan dengan isu perkauman, senjata BN yang digunakan  untuk terus berkuasa.

“Kita bercakap tentang salah urus tadbir ni lama dah, tapi bila datang pilihanraya semua lupa dan BN kembali berkuasa, jadi kita harapkan pada pilihanraya yang akan datang rakyat Malaysia akan berubah dan parlimen Tanjong Malim ini tolong pastikan Pakatan Harapan menang”, katanya disambut sorakan hadirin.


Abang Mat sempat meluangkan masa bertanya khabar bersama
pemimpin dan penyokong AMANAH Tg Malim. Foto K. Najib
Selepas tamat program, Mat Sabu sempat meluangkan masa bersama para penyokong Pakatan Harapan bertanyakan perkembangan semasa politik tempatan.

0 comments:

Post a Comment