Slim River, 15 April - Tindakan Kerajaan negeri Sarawak menghalang sebilangan
besar pemimpin-pemimpin pembangkang yang berpengaruh untuk ke Sarawak bagi
menyertai persiapan Pilihan Raya Negeri di sana ternyata satu tindakan
bertentangan dengan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
Tn Hj Aminuddin Zulkipli Pengerusi AMANAH Tg Malim |
Kenyataan itu dibuat Pengerusi Parti Amanah
Negara (AMANAH) Tanjong Malim, Tuan Hj Aminuddin Zulkipli, selepas seorang demi
seorang pemimpin pembangkang dari semananjung dihalang masuk ke Sarawak.
Dalam kenyataan tersebut, Aminuddin menyifatkan Barisan
Nasional (BN) di negeri itu telah menyalahguna kuasa yang ada dengan menghalang
pihak yang dilihat mampu menggugat kedudukan mereka di sana kononnya atas alasan
keharmonian.
“Bagaimana seorang Ketua Menteri boleh memberi alasan
kononya untuk keharmonian tetapi dalam penjelasannya mengatakan
pemimpin-pemimpin ini hanya boleh masuk ke Sarawak selepas pilihanraya, jelas
ia bukan bertujuan keharmonian tetapi disebabkan kebimbangan atas pengaruh
pemimpin-pemimpin tersebut”, katanya.
Dalam pada itu beliau turut menggesa agar permintaan
Setiausaha DAP, Lim Guan Eng kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem
supaya membenarkan ahli parti itu ke Sarawak atas urusan politik yang sah dan
merujuk kepada Seksyen 67 Akta Imegresen yang
menyatakan bahawa kuasa khas imigresen di negeri itu untuk melarang kemasukan
tidak meliputi mereka yang terbabit dalam aktiviti politik yang sah harus
diperluaskan juga kepada pemimpin dari parti pembangkang yang lain.
“Saya kira pembangkang sudah melakukan tindakan diplomasi
dengan Ketua Menteri untuk minta ahli-ahli parti dari pembangkang tidak
dihalang masuk ke Sarawak namun sekiranya perkara ini tidak dberi perhatian,
maka jelaslah bahawa pilihan raya yang bakal berlangsung tidak lama lagi
bukanlah pilihan raya yang benar-benar bebas dan adil”, tambahnya lagi.
Ditanya bagaimana pula dengan tindakan Imegresen yang
turut menghalang Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos, beliau
berkata bahawa tindakan tersebut juga tidak dipersetujui.
“Kita juga tidak setuju dengan tindakan yang menghalang Datuk Jamal Yunos untuk ke Sarawakl dan kita konsisten bahawa semua pihak harus diberi peluang
untuk melaksanakan urusan politik yang sah di sisi undang-undang apatah lagi
pada musim pilihan raya negeri ini”, ulasnya.
Pada Mac lalu, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu merupakan
pemimpin pembangkang terawal yang dihalang masuk ke negeri itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan
tarikh pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada 7 Mei depan manakala penamaan
calon pula adalah pada 25 April.
0 comments:
Post a Comment