Slim River, 9 April – Program Kicau Deeni anjuran Parti
Amanah Negara (AMANAH) Parlimen Tanjong Malim yang diadakan di Warung Pak
Idris, Kampung Baru Slim River Sabtu lalu mengupas banyak persoalan asas
berkaitan ukhwah dan silaturrahim di kalangan ahli di sini.
Sebahagian hadirin mendengar kupasan dari Ust Ahmad Awang dan Ust Abdul Ghani berkaitan ukhwah. Foto - Mohd Shafie |
Program yang berlangsung lebih dua jam itu menampilkan
dua orang tokoh agamawan tersohor, Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Samsudin
yang juga merupakan Penasihat dan Timbalan Penasihat Umum AMANAH dengan dipengerusikan
oleh Saudara Khairul Najib Hashim, Exco Pemuda AMANAH Nasional.
Dalam sesi soal jawab, Ustaz Ahmad Awang menjelaskan
ukhwah yang diajar dalam Islam akan membentuk ikatan yang sangat kuat di
kalangan mereka yang berjuang kerana Allah.
Katanya lagi, meskipun berlaku perbezaan pandangan,
ukhwah yang terbina tidak akan lenyap sekiranya kita menunaikan hak-hak ukhwah sesama
kita.
Dalam pada itu beliau turut mengingatkan hadirin supaya
tidak terjerumus kepada sifat kesukuan puak kerana amalan tersebut merupakan
amalan jahiliyyah yang bertentangan dengan apa yang diajar dalam Islam.
“Kefahaman sebenar terhadap akhlak Islam harus disebar
luas dalam masyarakat pada hari ini kerana masih ramai yang gagal memahami
kepada kepentingan silaturrahim apatah lagi watak-watak yang dilihat ‘beragama’
juga kadang-kala menyampaikan mesej yang salah dalam masyarakat”
“Pada hari ini, banyak kekeliruan yang berlaku,
sehinggakan ada di kalangan kawan-kawan kita langsung memutuskan hubungan
Silaturrahim yang terbina puluhan tahun hanya kerana berbeza pandapat dan
memilih wadah baru dalam perjuangan menegakkan Islam”, katanya mengulas sikap
beberapa pihak yang terlalu taksub kepada ketua dan organisasinya.
“Justeru marilah sama-sama kita memperbetulkan perkara
ini supaya budaya takfiri dapat dikekang dan mengembalikan kefahaman Islam yang
sebenar dalam masyarakat sama ada mereka yang beragama Islam ataupun bukan Islam “tambahnya lagi.
Program Kicau Deeni merupakan inisiatif Pemuda AMANAH yang menjadikan sesi penerangan berbentuk santai dibudayakan di kalangan masyarakat.
0 comments:
Post a Comment