Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Dewan
Rakyat menarik balik klasifikasi rahsia yang dikenakan ke atas laporan 1MDB
yang disediakan oleh Ketua Audit Negara.
Ia susulan laporan
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kelemahan pentadbiran serta
pengurusan 1 MDB sepertimana yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 April
2016 yang lalu.
"Pembentangan laporan PAC
(yang turut disiarkan kepada masyarakat awam) itu menimbulkan pelbagai
persoalan daripada rakyat Malaysia yang prihatin," kata Presiden Abim,
Mohamad Raimi Ab Rahim dalam kenyataan media hari ini.
"Sekiranya dokumen
laporan Ketua Audit Negara diklasifikasikan semula sebagai dokumen awam, ia
membolehkan ahli parlimen (di Dewan Rakyat), badan-badan kerajaan yang
berkenaan, di samping rakyat menjadikannya sebagai sumber rujukan serta
perbandingan bagi mengesahkan dengan laporan PAC.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri
Pandikar Amin Mulia sebelum ini memberitahu laporan Ketua Audit Negara tidak
boleh dibentangkan lagi kerana ia masih diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia
Rasmi (OSA).
Terbaru, kata Mohamad Rami,
berkata gesaan agar laporan tersebut dijadikan sebagai dokumen awam juga dibuat
oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Justeru Abim menggesa agar badan-badan seperti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi penyiasatan diberikan
ruang sepenuhnya untuk menyiasat dengan lebih lanjut Lembaga Pengarah dan
Lembaga Penasihat 1MDB.
"Lebih penting, siasatan
tersebut mesti disusuli dengan tindakan perundangan terhadap kesemua mereka
yang terbabit di mahkamah terbuka.
"Siasatan bebas ini
sangat penting memandangkan polemik 1MDB ini telah menjadi topik perbincangan
utama di kalangan masyarakat antarabangsa yang dilihat menjatuhkan maruah
negara," katanya.
- malaysiakini
- malaysiakini
0 comments:
Post a Comment