PELANCARAN JENTERA PILIHAN RAYA AMANAH NEGERI PERAK

Sebahagian wakil jentera pilihan raya Amanah Tg Malim bersama-sama mengangkat plakad “Selamatkan Malaysia” .

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Ikhlas Daripada : AMANAH Tanjung Malim .

SUMBANGAN BUAH LIMAU

AMANAH Tanjung Malim dalam program sumbangan buah limau kepada penduduk di Slim Village

PROGRAM MAHASISWA MASUK KAMPUNG

Mahasiswa Amanah bersama anak muda Kampung Rasau dalam perlawanan persahabatan Futsal.

MISI PARTI AMANAH NEGARA

Misi AMANAH meletakkan Amanah, Progresif dan Peduli sebagai asas mensejahterakan rakyat berlandaskan Maqasid Syariah

PIMPINAN AMANAH PUSAT

Saf Kepimpinan Parti Amanah Negara (AMANAH) Pusat

ISLAM RAHMAT SELURUH ALAM

Dasar “Islam Rahmat Seluruh Alam” menjadi pegangan setiap ahli AMANAH

VISI PARTI AMANAH NEGARA

Visi AMANAH jelas memperjuangkan Malaysia yang Adil, Beramanah dan Rahmah untuk semua

KICAU DEENI BERSAMA UST. AHMAD AWANG DAN UST ABD GHANI

Ust Ahmad Awang bersama Ust Abd Ghani memberikan pencerahan berkaitan kasih saying, ukhwah dan silaturrahim di hadapan ahli AMANAH Tg Malim yang dipengerusikan oleh Sdr. Khairul Najib. Foto – Mohd Shafie

Wednesday, 25 January 2017

AMINUDDIN : LIMAU UNTUK PERPADUAN

Slim Village, 24 Jan – Program turun ke lapangan dan berjumpa rakyat dengan pemberian buah limau sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak dilihat sekadar aktiviti biasa malah perlu lebih dari itu.

Kenyataan itu disampaikan Pengerusi Amanah Tanjung Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli kepada semua petugas parti yang menyertai program tersebut semalam.

Menyasarkan penduduk sekitar Slim Village dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang, Aminuddin mengingatkan agar di sebalik pemberian buah limau kepada penduduk, Amanah juga ingin mempamerkan sikap keterbukaan dan akhlak sebagai seorang Muslim.

“Kita mahu masyarakat memahami sikap kita dalam mempraktikkan akhlak sebagai seorang Muslim yang bukan sekadar mengungkapkan kata-kata tetapi mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

“Buah limau memang sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina, tetapi buah ‘perpaduan’ itu adalah matlamat sebenar yang  ingin kita sampaikan di sebalik apa yang kita lakukan pada hari ini”, katanya.

Dalam aktiviti semalam, Amanah Tanjung Malim berjaya bertemu lebih 100 orang penduduk di sini yang rata-ratanya adalah berbangsa cina dengan disertai  petugas parti dari sayap Pemuda dan Arif.

Mengulas berkaitan maklum balas orang ramai terhadap Amanah dengan aktiviti tersebut, Khairol Najib Hashim berkata masyarakat di sini kebayakannya sudah mengenali Amanah dan positif dengan kehadiran Amanah di sini.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Tanjung Malim mendakwa hampir kesemua penduduk yang ditemui menyampaikan hasrat agar Pakatan Harapan dapat merampas semula kerusi DUN di sini.

“Alhamdulillah, kita tidak asing bagi masyarakat di sini dan mereka gembira dapat bertemu dengan kita untuk menyuarakan sokongan mereka kepada Amanah dan Pakatan Harapan.

“Rata-rata masyarakat cina di sini mengikuti perkembangan semasa politik tanah air dan ada di antara mereka menaruh harapan besar agar Pakatan Harapan dapat merampas kembali DUN ini daripada BN”, ulasnya.

Program yang bermula di Slim Village itu dijadual akan diteruskan di beberapa kawasan lain antaranya di Pekan Slim River pada Khamis ini.

Tuesday, 24 January 2017

PEMUDA TEKAD BAWA MESEJ AMANAH KEPADA PENGUNDI

Trolak – Kedudukan Parti Amanah Negara (Amanah) Tanjung Malim masih perlu diperkasa dan mesej-mesej parti masih belum  benar-benar mengakar di kalangan pengundi tempatan.

Realiti ini diakui barisan kepimpinan Pemuda  Amanah Tanjung Malim dalam program Himpunan Pemuda dan Penubuhan Arif Amanah Tanjung Malim semalam.

Bercakap di hadapan kira-kira 30 pemuda cawangan Trolak Selatan semalam, Naib Ketuanya, Khairol Najib Hashim berkata, misi dan visi Amanah mungkin difahami oleh pengundi-pengundi di bandar, tetapi di kampung-kampung, kawasan luar bandar seperti sekitar parlimen Tanjung Malim ini, gerak kerja perlu dipergiat.

Beliau juga berpendapat, satu Jawatankuasa Khas perlu dibentuk untuk menyusun program dan perancangan rapi di kalangan pemuda untuk menembusi setiap kampung dan perumahan di sini bagi membawa mesej Amanah supaya pengundi mendapat maklumat yang betul.

“Kita perlukan perancangan yang bersepadu untuk tembusi kawasan-kawasan kampung di sini, kerana kebanyakan pengundi luar bandar mendapat maklumat yang tidak betul daripada musuh-musuh politik kita.

“Jadi pemuda bertekad untuk memperbetulkan persepsi yang salah terhadap Amanah dan tugas ini perlu dipikul Pemuda sebagai agen parti yang berkeupayaan untuk melaksanakan tugas tersebut di samping memainkan peranan dalam menangkis tohmahan di media sosial”, ujarnya.

Amanah Tanjung Malim yang kini dalam proses penambahan cawangan di seluruh kawasan Tanjung Malim kini mempunyai 11 cawangan berdaftar.

PAK YA DILANTIK KETUAI ARIF TG MALIM

Trolak – Saudara Mohd Yahaya bin Hasan atau lebih dikenali sebagai Pak Ya di kalangan rakan-rakannya di sini secara rasmi dilantik sebagai Ketua ARIF Amanah Tanjung Malim dalam mesyuarat penubuhannya semalam di Felda Trolak Selatan.

Beliau yang merupakan ahli Amanah Tanjung Malim terawal bergerak bersama ARIF sebulat suara dipersetujui semua ahli yang hadir setelah melihat komitmen beliau dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan yang dianjur Amanah.

Mengulas pelantikan tersebut, Pengerusi Amanah Tanjung Malim, Aminuddin Zulkipli menyifatkan pelantikaannya bertepatan dengan budaya kerja yang diamalkan Pak Ya.

“Pak Ya seorang yang tidak banyak bercakap, tapi semua kerja yang diamanahkan akan dilaksanakan dengan baik. Ciri itu sangat disenangi sesiapa sahaja yang berurusan dengan beliau”, katanya.

“Saya berharap ARIF di bawah kepimpinannya akan dapat menggerakkan ahli-ahlinya untuk menjadi tulang belakang parti dalam kerja-kerja kebajikan dan kebanyakan program-program parti memerlukan ARIF”, tambahnya lagi.

Seramai 20 ahli baru ARIF mendaftarkan diri dan Jawatankuasa ARIF Tanjung Malim berjaya dibentuk dalam mesyuarat penubuhan ARIF yang diadakan di kediaman Haji Nawi di Trolak Selatan semalam.

Wednesday, 18 January 2017

FOKUS PENGUNDI ATAS PAGAR, KERJA 3 PENJURU

Slim River – Perbincangan sama ada pertandingan dua, tiga atau lebih parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang seharusnya tidak menjadi penghalang kepada gerak kerja akar umbi dan jentera di bawah.

Pandangan itu disampaikan oleh Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Tanjung Malim, Aminuddin Zulkipli dalam ucapannya semasa Bengkel Pengurusan Organisasi di Slim River baru-baru ini.

Aminuddin Zulkipli
Beliau juga menyeru semua penyokong Pakatan Harapan khususnya Amanah agar memberi fokus kepada usaha menarik seramai mungkin pengundi-pengundi atas pagar yang peratusnya dikatakan meningkat selepas ketidaktentuan berlaku di pihak Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

“Pertikaian untuk menentukan pertandingan dua atau tiga penjuru harus diserah kepada kepimpinan tertinggi dan di bawah kita harus bekerja dengan anggapan akan berlaku pertandingan 3 penjuru yang mana sudah pasti strategi dan kekuatan harus lebih padu untuk menguasai kerusi-kerusi yang bakal kita masuk”, katanya di hadapan ahli jawatankuasa yang hadir.

Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan seorang peguam turut optimis bahawa dengan bantuan anak muda yang lebih mesra dengan media baru, maklumat lebih mudah disampaikan lebih-lebih lagi kumpulan ini merupakan bilangan teramai yang akan mengundi pada PRU akan datang.

“Kita harus bekerja secara berpasukan dengan memberi fokus kepada program di kawasan dan menyampaikan maklumat kepada pengundi yang lebih selesa dengan penggunaan media sosial supaya semua segmen pengundi dapat kita sentuh dan terdorong untuk memberi sokongan kepada kita”, ujarnya yang juga merupakan bekas calon DUN Slim pada PRU lepas.

“Pengundi atas pagar sentiasa menilai, melihat perkembangan yang berlaku dan kita harus menunjukkan kesungguhan serta memberi keyakinan bahawa kita mampu mengambil alih peranan sebagai kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan”, tambahnya lagi.

Mengulas tentang komitmen Amanah untuk Parlimen Tanjung Malim, beliau dan seluruh jawatankuasa akan menyusun program dan strategi kempen yang lebih agresif terutamnya persiapan jentera untuk PRU akan datang.

“Kita sedang giat menyusun langkah dan strategi berdasarkan kepada maklum balas dan dapatan kajian yang kita perolehi supaya program-program yang kita laksanakan benar-benar memberi impak kepada pengundi di samping persiapan jentera yang mantap menjelang PRU”, katanya.

Parlimen Tanjung Malim merupakan kerusi tradisi BN yang kini disandang Dato’ Seri Ong Ka Chuan dan terdapat tiga Dewan Undangan Negeri dalam parlimen ini iaitu Slim (BN), Behrang (BN) dan Sungkai (DAP).

NUNJI 2017 TAMPIL TOKOH ANTARABANGSA, TEMPATAN 5 FEBRUARI INI

KUALA LUMPUR: AMANAH Nasional akan menganjurkan Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah atau singkatan NUNJI 2017 pada 5 Februari ini dengan menampilkan tokoh ilmuwan Islam yang terkenal dengan pandangan progresif tentang kerangka negara moden iaitu Dr Jasser Audah dari Kanada.

Demikian dimaklumkan oleh Pengerusi NUNJI 2017 yang juga Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa dalam satu kenyataan kepada Amanahdaily hari ini.

Program yang akan diadakan di Kompleks Belia Selangor, Seksyen 7, Shah Alam bertema “Maqasid Syariah Teras Negara Bangsa” yang akan melontarkan secara spesifik peranan maqasid untuk membina dasar dalam pembentukan negara bangsa.

Menurut beliau, kali ini NUNJI membawa Dr Jasser Audah dari Kanada dan tokoh ini akan melontarkan ide “Negara Madani dan Referensi Islam Sebagai Prinsip”.

Turut ditampilkan katanya, ialah Presiden Darul Hikmah dan Pengerusi IDE Selangor, Prof Dato’ Dr Sidiq Fadhil yang akan menyinggung isu negara bangsa dan bagaimana peranan Maqasid Syariah membentuknya.


Ujar Dr Mujahid lagi, selain Dr Jasser, penganjur juga menjemput ulamak muda Ustaz Wanji Wan Hussin dari Sekolah Pemikiran As-Syatibi untuk mengupas satu tajuk tentang “Disiplin Maqasid Syariah”.

Sebagai melaksanakan salah satu resolusi NUNJI 2015 yang lalu, NUNJI kali ini tegas beliau, turut melontarkan pengenalan awal kepada Fiqh Siasi Malaysia yang akan dibentangkan oleh beliau sendiri.

Beliau berkata, aturcara menarik kali ini ialah pelancaran prosiding NUNJI 2015 dan tiga buku kecil terbitan NUNJI bertajuk ‘Islam dan Demokrasi’, ‘Fiqh Muwothonah’ dan ‘Perlaksanaan Hudud dalam Bingkai Fiqh Awlawiyat’ akan disempurnakan oleh Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Ahmad Awang dan sekaligus merasmikan NUNJI 2017.

Untuk rekod, NUNJI telah dilancarkan pada tahun 2015 dan ia merupakan platform untuk membekalkan kefahaman Islam dan kenegaraan bersandarkan kepada Maqasid Syariah atau objektif besar Syariah.

Kejayaan NUNJI apabila ia dapat melontarkan ide-ide baharu tentang peranan Islam dalam kerangka kepelbagaian dan mencadangkan kepada orang ramai bagaimana keadilan, kebebasan dan kesaksamaan dapat diterjemahkan dalam konteks politik Malaysia.

Mengulas lanjut, Dr Mujahid berkata, NUNJI akan terus menjadi wahana mencerdas minda ahli AMANAH khususnya dan masyarakat umumnya melalui penglibatan semua pihak dalam bidang kepakaran masing-masing.

“NUNJI juga terbuka untuk orang awam yang berminat,” ujar beliau.
Program sehari itu akan disempurnakan majlis penutupnya oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.


Tuesday, 17 January 2017

HIMPUNAN PEMUDA & PENUBUHAN ARIF AMANAH TANJUNG MALIM


HIMPUNAN PEMUDA & PENUBUHAN ARIF AMANAH TANJUNG MALIM

Pemuda Amanah Tanjung Malim dengan penuh takzim menjemput semua untuk sama-sama hadir ke program Himpunan Pemuda dan Penubuhan ARIF Amanah Tanjung Malim pada ketetapan berikut :

TARIKH   : 20 JANUARI 2017
HARI        : JUMAAT
MASA       : 8.30 MALAM
TEMPAT  : RUMAH HJ NAWI, TROLAK SELATAN

Kami amat berbesar hati sekiranya anda berkelapangan untuk sama-sama hadir ke program ini bagi memperkenalkan Ahli Jawatankuasa dan memperkemaskan organisasi sayap Pemuda dan ARIF Amanah Tanjung Malim.

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi saudara Khairol Najib (0134056247) atau Pak Ya (0175396339)

Sekian.

Amanah::Progresif::Peduli

Pemuda Amanah Tanjung Malim

Monday, 16 January 2017

BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI AMANAH TG MALIM CAPAI OBJEKTIF

Slim River – Bengkel Pengurusan Organisasi parti manah Negara (Amanah) Parlimen Tanjong Malim telah berjaya dilaksanakan dengan meletakkan matlamat tawan Dun Behrang sebagai sasaran menjelang Pilihan Raya Umum ke 14.

Pengerusinya, Tn Hj Aminuddin Zulkipli dalam ucapan aluannya berkata, meskipun Amanah Tanjong Malim mempunyai kekurangan dari segi logistik dan kewangan namun perkara tersebut bukanlah penghalang besar yang menjadi alasan untuk tidak membuat perancangan dan gerak kerja organisasi.

Katanya lagi, kebanyakan ahli Amanah yang berada di Tanjong Malim mempunyai kelebihan yang boleh dimanfaatkan untuk parti sekali gus menjadi modal bagi mempersiapkan jentera PRU ke 14 nanti.

“Kita yakin dan pengalaman membuktikan, dengan gerak kerja yang tersusun, tenaga yang ada dimanfaatkan sebaiknya, kita mampu tembusi apa sahaja tembok yang menghalang untuk kita terus maju ke hadapan”, katanya kepada semua AJK yang hadir dalam bengkel tersebut.

Bengkel yang dihadiri Ahli Jawatankuasa Amanah Tanjong Malim itu turut diberi penerangan dan dibentangkan dengan perancangan jangka masa panjang dan jangka masa pendek Amanah Tanjong Malim di samping membincangkan perkara-perkara penting dalam memantapkan lagi organisasi.


Sunday, 15 January 2017

TAHNIAH KHAIROL NAJIB

Amanah Tanjong Malim mengucapkan sekalung tahniah kepada saudara Khairol Najib bin Hashim dan isteri, Siti Farhana selepas selamat diijabkabul pada 7 Januari lalu

Amanah Tanjong Malim juga mendoakan agar Khairol Najib memperoleh barakah atas rumah tangga yang dibina dan menguatkan lagi semangat beliau untuk terus berjuang bersama Amanah.

Barakallahulakuma!!

Salam Perjuangan

Amanah Tanjong Malim